Want your
own Fotopage?








 
Balqis's FotoPage

By: Balqis Omar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 26-May-2009 10:00 Email | Share | | Bookmark
Isle of Wight - Day 2

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 67 photos...
Hari kedua. Pagi hujan. Punah harapan untuk pergi pantai.

Pergi ke Shanklin Model Village - sebenarnya di Godshill. Ada taman yang merupakan model pekan ini. (Ada model dalam model dalam model dalam model - banyak scale tu...). Puas bergambar kat sini sampai kamera kehabisan bateri. Semalam cik abang tak charge sebab ingat banyak lagi. Lagi pun, kena berebut dengan budak-budak bertuah yang nak charge game dia orang tu.

Lepas tu kami ke pantai Shanklin, main pasir, buat sandcastle, picnic segala. OK jugak pantai ni - cantik dan bersih. Ada lif untuk turun ke pantai dari cliff tinggi tu.

Lepas tu kami ke Cowes. Sabrina dan Ibad pergi swimming kat pool. Sini tak de pantai - tebingnya ala-ala kat Gurney drive gitu. Tapi pemandangan cantik - kapal layar segala, caravan park pun ada. Teringin nak bercaravan pula. Kami ke Osborne House, rumah percutian diraja. Nak masuk terasa macam kesuntukan masa, takut terlepas feri. Rumah dan kawasan tamannya amat besar. Entrance fee pun boleh tahan. Lagipun budak-budak dua orang tu tak minatpun nak masuk. Jadi masuk ke souvenir shop aje lah.

Sementara menunggu masa naik feri, kami lepak-lepak kat Ryde lagi. Patut pergi Bembridge tengok kincir, tapi lain kalilah agaknya....




Add comment


Monday, 25-May-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Isle of Wight - Day 1

Jetty @ Ryde
 
 
 
 
 
View all 63 photos...
Hari pertama di Isle of Wight, kira habis pusing satu pulau. Feri sampai ke Fishbourne, kemudian kami terus ke Ryde. Jalan-jalan kat jetty, dan picnic tepi pantai. Lepas tu kami ke Sandown - masuk museum Isle of Dinosaurs, dan jalan-jalan tepi pantai. Lepas tu nak pergi ke Shanklin, niat nak main pasir (dah beli spades n buckets untuk buat sandcastle), tapi terlepas terus sampai Ventnor. Kat sana air pasang, jadi pantai dia tak berapa best. Lepas tu terus drive terus tepi pantai. Singgah ke Blackgang Chine, tak masuk sebab dah pukul 4 lebih. Lagipun, rides situ tak mencabar (Ashraf kata budak kecil punya). Sampai Alum Bay, park dah nak tutup, tapi masih sempat beli souvenir. Bergambar berlatarbelakangkan The Needles yang terkenal tu.

Bermalam di Newport.




Add comment


Monday, 25-May-2009 10:00 Email | Share | | Bookmark
Isle of Wight - The Journey

Kat Portsmouth lagi
 
 
View all 27 photos...
Half term - bawa family berjalan ke Isle of Wight, sebuah pulau di selatan England. Dah pernah pergi 20 tahun yang lalu, memang sukakan pulau ni dulu, dan sekarang pun masih suka lagi.

Sementara menunggu feri, bergambar dulu di Portsmouth. Kebetulan dulu datang ke Portsmouth pun cuaca begitu juga - hujan. Naik feri, lepak kat deck di level 5 sambil minum cappucino.






Add comment


Saturday, 9-May-2009 17:00 Email | Share | | Bookmark
BBQ Potluck TKC OGA UK

 
 
 
View all 18 photos...
BBQ at Hani's place in Hornchurch, Essex.




Add comment


Sunday, 19-Apr-2009 18:00 Email | Share | | Bookmark
Springtime @ Harris Garden, University of Reading

 
 
 
View all 55 photos...
Hari ni cuaca elok. Mula-mulanya tu nak bawa anak keluar pergi park - main basikal segala. Teringat pula nak pergi tengok bunga-bungaan. Masing-masing asyik dok mengadap komputer punya pasal (supir pulak asyik tidur je..), pukul 6 petang baru keluar rumah. Patut le garden tu lengang aje, dah hampir waktu tutup...




Add comment


Saturday, 11-Apr-2009 14:00 Email | Share | | Bookmark
Portsmouth

 
 
 
View all 36 photos...
Easter holidays baru-baru ni kami pergi berjalan ke Portsmouth. Saja nak bawa budak pergi tepi laut, ingat ke boleh main kat pantai, rupa-rupanya pantai Portsmouth yang kami pergi tu tak ada pasir pun - batu aje. Hujan pulak tu.




Spinnaker Tower

Add comment


Sunday, 22-Mar-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Sabrina is seven (and Ibad is nine)

 
 
 
View all 27 photos...
Sabrina turned seven today. Too bad her mum was too busy (not to mention too lazy) to have some kind of celebration. C'mon, I was even too busy to celebrate my own birthday a few days before (not to mention the hubby's too). Coincidently, it was also mother's day today. So I should be celebrating as well...

Since the next day was to be Ibad's birthday, I asked Shukur to buy a birthday cake for both of them. So between the six of us, we did have some sort of celebration. The cake was yummy...

March is truly a birthday month.
18 March - my birthday
19 March - Shukur's birthday
22 March - Sabrina's birthday (also mother's day)
23 March - Ibad's birthday


Happy birthday Sabrina and Ibad!




Mother's Day cards that Sabrina made for her mummy.

Happy Belated Birthday to semua.. Thu 30-Apr-2009 13:28
Posted by:Erna
Thanks Erna! Fri 1-May-2009 13:37
Posted by:Balqis
Add comment


Sunday, 22-Feb-2009 16:00 Email | Share | | Bookmark
Reading Walk

 
Tegak aje Sabrina?
 
View all 24 photos...
Today, Kak Tah and family came for a visit. After a very late lunch, we went for a long walk. We walked along the canal. (or is it River Kennet?)




Add comment


Friday, 6-Feb-2009 16:30 Email | Share | | Bookmark
Let it snow, let it snow, let it snow...

 
 
 
View all 30 photos...
Sepanjang minggu ini snow turun, tak le lebat sangat pun tapi aktiviti harian semua jadi tergendala. Public transport cancelled, sekolah pun tutup. Jadi minggu ni budak-budak semua tak pergi sekolah, kecuali Ibad dan Sabrina sempat pergi sekolah pada hari Rabu bila cuaca lebih baik. Ashraf dan Adriana ponteng sebab tunggu bas tak datang-datang. Abah dia orang tak berani hantar dengan kereta sebab takut stranded tengah jalan macam hari Isnin.

Pergi uni jalan kaki - kena jalan pelan-pelan. Silap haribulan jatuh terlentang - jalan licin sangat.


Ashraf dan Adriana pergi ke pusat bandar sebab sekolah tutup.


Bergambar di belakang rumah.

Add comment


Sunday, 18-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
One Icy Sunday Morning

Snow turun
 
Pemain badminton kita
View all 9 photos...
Pagi Ahad selalu bawa budak main badminton. Semua tak reti main - keras macam kayu da... Biarlah abah dia orang ajar main sikit-sikit. Sebenarnya nak alihkan perhatian dari game biasa dia orang - Game Boy, Nintendo DS, PSP, computer games, YouTube, etc. Buat rosak mata aje. main non-stop pulak tu...


Budak-budak ni tak kira masa nak melawak...

Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com